Sunday, 17 September 2017

KESALAHAN DAN PEMBETULAN TATABAHASA

 KESALAHAN DAN PEMBETULAN TATABAHASA     

       
Bil
Kesalahan
Pembetulan
1
selain daripada itu
Selain itu
2
berbincang masalah disiplin
Berbincang tentang masalah/membincangkan masalah
3
ditendang oleh saya
Saya tendang
4
memberikan sebuah pendapat
Memberikan pendapat
5
dari masa ke semasa
Dari masa ke masa/ dari semasa ke semasa
6
saling bantu-membantu
Saling membantu/membantu-membantu
7
di musim hujan
Pada musim hujan
8
Anak-anak Encik Ismail bergaji besar semuanya.
Anak-anak E.Is bergaji besar/ Anak E.Is bergaji besar semuanya.
9
Cikgu Haniza adalah cikgu kami
ialah
10
menceritakan tentang masalah
Menceritakan masalah/Bercerita tentang masalah
11
hormat ibu bapanya
Hormat akan ibu bapanya
12
menghormati akan ibu bapanya
Menghormati ibu bapanya
13
dipandunya kereta itu dengan cepat
laju
14
kereta yang mereka naiki
Kereta yang dinaiki oleh mereka/dinaiki mereka
15
jika sekiranya dia datang
Jika ATAU sekiranya
16
Bila disoal oleh gurunya, Harun menggaru-garu kepalanya berkali-kali.
Apabila…..menggaru-garu kepalanya/menggaru kepalanya berkali-kali
17
sebuah basikal dihadiahi oleh ayah
dihadiahkan
18
saya dihadiahkan sebuah basikal
dihadiahi
19
Kami mempersetujui dengan cadangan rakan kami itu.
menyetujui cadangan/bersetuju dengan cadangan
20
balik kampung
balik ke kampung
21
akan mereka kunjungi
Akan dikunjungi oleh mereka/akan dikunjungi mereka
22
dia menyakitkan hati saya
menyakiti
23
Allahyarham Sultan Mahmud Syah
almarhum
24
menyalahi orang lain
menyalahkan
25
seni mempertahankan diri
pertahanan
26
“ Jangan buang sampah di atas lantai,” kata guru itu.
ke atas lantai
 27
Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak kecil lagi.
cinta akan
28
oleh kerana tidak hadir majlis itu
oleh sebab/kerana...tidak hadir ke .
29
berjuang demi untuk negara
demi ATAU untuk
30
Adalah dimaklumkan bahawa
Dengan ini dimaklumkan
31
penghawa dingin
pendingin hawa (hukum D-M)
32
filem itu kami pernah tonton
pernah kami
33
mempereratkan persahabatan
mempererat/mengeratkan
34
buku-buku itu tebal-tebal belaka
buku-buku itu tebal/buku itu tebal-tebal
35
memperolehi kemenangan
memperoleh
36
“Saya akan pergi ke majlis jamuan diraja,”kata Sultan Abdul Halim.
Beta..berangkat /majlis santapan /titah
37
Pengerusi menyampaikan kata-kata aluan
kata alu-aluan
38
memaju dan membesarkan syarikatnya
memajukan
39
Budak itu adik kamukah?
Budak itu adik kamu?/Adik kamukah budak itu?
40
Kerajaan akan mensasarkan gulungan petani
Menyasarkan/golongan
41
pertemuan barang-barang lama
penemuan
42
hubungan antara negara kita dan lain-lain negara
negara-negara lain (hukum D-M)
43
banjir telah menenggelamkan rumah
menenggelami
44
fikirannya begitu susut
kusut
45
salah seorang dari peserta-peserta
daripada peserta
46
Kakak membawa bapa secawan kopi.
membawakan
47
Kakak membawakan secawan kopi untuk bapa.
membawa
48
Secawan kopi dibawakan oleh kakak untuk bapa.
dibawa
49
Bapa dibawa secawan kopi oleh kakak.
dibawakan
50
perlawanan bola sepak antara sekolah-sekolah
sekolah
51
menjauhkan dadah
menjauhi
52
menjauhi diri dari dadah
menjauhkan diri daripada
53
Emak memberikan saya wang
memberi saya/memberikan wang
54
setiap orang warganegara
setiap warganegara
55
Menteri besar-Menteri besar
menteri-menteri besar
56
jawatan-jawatan kuasa
jawatankuasa-jawatankuasa
57
senarai nama pelajar-pelajar
senarai nama pelajar
58
barisan anak-anak pokok getah
barisan anak pokok getah
59
marjerin disapu di roti
pada roti
60
Mereka akan ke Kedah atau Perak?
atau ke Perak?
61
Tuhan mencucuri rahmat kepada kami
mencucurkan
62
sila jangan merokok
jangan merokok
63
tolong jangan bising
jangan bising
64
Ramli sukakan baju itu.
suka akan
65
Buku itu ialah tebal.
adalah
66
beberapa keping majalah-majalah
naskhah /majalah
67
Lukisan ini dihasilkan oleh kamu?
kamu hasilkan?
68
menunggu kamu sejak dari tadi.
sejak ATAU dari
69
Pelajar itu akan diberikan bantuan buku.
diberi
70
Bila ada masa lapang,dia akan memburu
Apabila / berburu
71
Encik Hassan akan memperisterikan gadis itu.
memperisteri
72
Encik Rahman akan memperisteri anaknya dengan gadis itu.
memperisterikan
73
akibat perlanggaran disiplin sekolah
pelanggaran
74
ringgit Malaysia dua ratus
Dua ratus ringgit.....
75
Hamba akan menjalankan perintah itu, tuanku.
Patik
76
hasil pembuatan
buatan
77
kempen menderma darah
derma
78
Maafkan saya di atas kesalahan yang saya telah lakukan
atas / telah saya
79
Saya mengucapkan terima kasih,tuanku
Patik /menjunjung kasih
80
Kami bersarapan pagi di warung Pak Mat
bersarapan di warung ....
81
Negara kita letak antara Singapura dan Thailand.
terletak …di antara … dengan
82
Tolong mengambilkan saya buku itu.
ambilkan
83
Penyakit itu selamat menjalankan pembedahan
menjalani
84
Pelbagai-bagai jenis lauk-pauk
Pelbagai jenis lauk
85
Akan diatasi oleh saya masalah itu.
Akan saya atasi
86
Kedua ibu bapa itu sangat sayang anak-anaknya.
Kedua-dua orang .....anak-anak mereka
87
Jalan itu sangat merbahaya kepada para pemandu-pemandu
berbahaya / para pemandu
88
Peragawati itu sedang layan penumpang di dalam kapal terbang itu.
Pramugari...melayan
89
lulus di dalam periksa itu
dalam peperiksaan
90
Kebanyakan negara-negara di Tenggara Asia
Negara / Asia Tenggara (hukum D-M


source from Google

Beberapa Kekecualian Daripada Hukum Bahasa

Beberapa kekecualian daripada hukum bahasa
Kekecualian yang dimaksudkan ialah sesuatu yang menyimpang, berlainan, serta terasing daripada suatu peraturan atau hukum bahasa yang telah diterima umum.
PENGEJAAN KATA MAJMUK
  • tengah hari
  • urus setia
  • reka bentuk
  • jalan raya
  • kereta api


Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut jelas mengandungi dua kata dasar, misalnya:

  • antarabangsa
  • sukarela
  • kakitangan
  • olahraga
  • bumiputera
  • jawatankuasa
  • setiausaha
  • beritahu
  • tandatangan
  • warganegara


ASPEK PENGIMBUHAN meN-… APABILA BERTEMU DENGAN HURUF PTKS (pergi tidur kalau sakit)
Kita mengetahui bahawa apabila imbuhan awalan meN-…digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan tersebut, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), misalnya;
  • memakai daripada kata dasarnya pakai,
  • menangkap (tangkap)
  • mengutip (kutip)
  • menyapu (sapu)
Namun begitu, peraturan ini tidak berlaku bagi perkataan terbitan seperti:
  • menternak
  • mentadbir
  • mentakrif
  • menterjemah
  • mentertawakan
  • mempelopori
  • mempengaruhi
  • mempelawa
  • mempercayai
  • mempunyai
  • mempedulikan
  • mengkaji
Konsep kekecualian yang digunakan untuk menjelaskan sebab huruf pertama perkataan tersebut tidak mengalami penyesuaian menimbulkan persoalan, walaupun perkataan tersebut bukanlah kata pinjaman.
BENTUK AWALAN beR-…
Bentuk awalan ber-… yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya –er-, misalnya
  • serta, maka ‘r’ dalam awalan ber-… tersebut tidak gugur dan akan membentuk berserta.
  • berderma
  • berserban
  • bercermin
  • berceramah

Namun begitu, hukum ini bertentangan dengan perkataan terbitan bekerja, iaitu r pada imbuhan ber-… telah digugurkan melalui proses disimilasi. Walaupun bekerja dianggap sebagai suatu kekecualian, namun keadaan ini boleh mengelirukan pengguna bahasa.
PERKATAAN PEMBELAJARAN DAN PEMELAJARAN

Perkataan pembelajaran ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Bentuk yang betul ialah pemelajaran kerana bentuk tersebut terbit daripada kata kerja transitif mempelajari, bukannya daripada kata kerja tak transitif belajar yang disangka oleh kebanyakan pihak.

  • pembelajaran sebagai bentuk kekecualian
  • pemelajaran sebagai bentuk yang tetap diterima.
Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pemelajaran kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.
PERKATAAN PENGELIBATAN DAN PELIBATAN
  • Perkataan pengelibatan ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan.
  • Perkataan pelibatan betul kerana bentuk tersebut terbit daripada kata libat, bukannya daripada kata gelibat yang tidak membawa sebarang makna.

Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pelibatan kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.

KATA SENDI NAMA DI DAN DALAM UNTUK DI KALANGAN DAN DALAM KALANGAN
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, misalnya:

  • di pekan
  • di kantin
  • di sini
  • di utara

Kata Sendi Nama di untuk kalangan, misalnya dalam ayat ini; Masalah disiplin di kalangan pelajar amat membimbangkan. Adakah betul frasa di kalangan atau frasa dalam kalangan lebih tepat? Berdasarkan hukum penggunaan sendi nama di, jelaslah bahawa kalangan tidak menunjukkan tempat atau arah tetapi bermaksud lingkungan atau golongan. Oleh itu, penggunaan frasa dalam kalangan sepatutnya digunakan kerana menepati hukum bahasa.

KATA KERJA TRANSITIF MESTI DIIKUTI OBJEK ATAU FRASA NAMA MENGIKUT HUKUM D-M
Kata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti objek atau frasa nama. Ayat contoh:
  • SALAH: ….menyerikan lagi majlis ini. (menyerikan apa? Menyerikan majlis)
  • BETUL: …..menyerikan majlis ini lagi.
  • SALAH: …..membangunkan semula kawasan yang terjejas. (membangunkan apa? Membangunkan kawasan yang terjejas)
  • BETUL: …..membangunkan kawasan yang terjejas semula.
  • SALAH: …..memaklumkan kepada ibu bapa jumlah yuran PIBG.
  • BETUL: …..memaklumkan jumlah yuran kepada ibu bapa.
  • SALAH: …..menyiarkan kepada umum surat-surat mantan Perdana Menteri.
  • BETUL: …..menyiarkan surat-surat mantan Perdana Menteri kepada umum.
  • SALAH: ….menyiarkan di akhbar-akhbar utama berita panas itu.
  • BETUL: …..menyiarkan berita panas itu di akhbar-akhbar utama.
  • SALAH: ….menyerlahkan juga keanggunan penampilannya.
  • BETUL: ….. menyerlahkan keanggunan penampilannya juga.
  • SALAH: …..menawarkan kepada para pembeli kereta seratus peratus pinjaman
  • BETUL: …..menawarkan pinjaman seratus peratus kepada para pembeli kereta.
Kesimpulannya, KKT tidak boleh diikuti Kata Sendi Nama atau perkataan yang lain selain frasa nama.  Namun demikian, oleh sebab sudah diterima umum dan kononnya sudah mantap ayat yang berikut dikatakan betul:
  • ….. menembak mati penjahat (Menembak siapa? Menembak penjahat; sepatutnya menembak penjahat hingga mati)
  • ….. menembak jatuh jet pejuang (menembak apa? Menembak jet pejuang)
  • ….. menghukum mati pesalah (menghukum siapa? Menghukum pesalah, bukannya menghukum mati. bagaimana hendak menghukum mati?

source from Google

BM - Peribahasa 25

Cermat Semasa Banyak, Jimat Semasa Sikit